Saturday, February 8, 2014

PENYAKIT HASAD DENGKI

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"{An-Nisa' : 32}




Secara umum kita semua ada sifat iri hati, cuma ianya bergantung kepada pada diri dan 
kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tak ambil peduli dan ambil kisah langsung. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita selalu terlupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa memohon kepadaNya. Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan ketakwaan diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk setiap ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, kitalah yang akan rugi dan merasa kecewa. Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah. In Shaa Allah akan beroleh keberkatan dariNya....


Tak Boleh Ke Berasa Iri Hati Sedangkan Iri Hati Itu Datang Sendiri Dalam Hati Kita?


Irihati tu boleh tapi ikut pada keadaan dan situasi. Contohnya, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita, lihat orang lain lebih baik amalannya,kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti dan lebih baik dari mereka. Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Tapi jangan pula kita melakukan sesuatu yang tak sepatutnya seperti mensabotaj orang tersebut untuk kita berada lebih atas daripadanya.




Iri Hati Bertukar Menjadi Dengki Dan Hasad Mendengki

Inilah yang amat membimbangkan apabila iri hati menjadi hasad dengki (PHD). PHD ini muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman terhadap orang lain, sanggup menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya. 

Janganlah Kita Mendengki

Jika sesuatu itu bukan hak kita dan kita gunakan cara-cara yang tak elok untuk mendapatkannya, pasti musibah akan datang menimpa. Mungkin kelebihan akan ditarik. Tapi jika memang dah ditentukan buat kita, walau apapun halangan dan dugaan yang terpaksa diharungi pasti ianya akan menjadi milik kita. Rezeki di tangan Tuhan, kita hanya perlu berusaha dan berdoa. Allah akan memberi rezeki kepada setiap hambaNya yang berhak. Jadi tak perlulah kita menghalang rezeki hidup orang lain.


Allah Itu Maha Adil


Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Kita semuanya memerlukan di antara satu dengan yang lain. Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendirian. Kita saling memerlukan.

No comments:

Post a Comment